Aku selalu disoal,
"macam mana hang dapat jadi P.T.D ha?"
"bagi la aku tips macam mana nak lulus temuduga P.T.D nih"
"Apa soalan lazim yang ditanya semasa temuduga?"
Hmm.. banyak kali dah aku jawab soalan nih. Memandangkan aku malas nak bagi tau banyak kali, baik lah aku tulis je beberapa contoh-contoh soalan yang biasa ditanya oleh panel temuduga, ikut pengalaman aku la. Tidak semestinya apa yang aku tulis nih tepat pon, sekadar panduan je ok? Nih adalah soalan-soalan yang ditanya kepada aku semasa aku hadir untuk temuduga. Tapi ingat, soalan kepada bakal pegawai PTD nih biasanya luas dan tidak semestinya berkait dengan hal-hal Kerajaan sahaja. Apa-apa pun boleh, pastikan anda bersedia betul-betul ok.
Contoh-contoh soalan yang sering ditanya adalah seperti berikut :
1. Apakah peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41?
2. Apakah skop dan bidang tugas seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41?
3. Siapakah yang bertanggungjawab menerajui Perkhidmatan Awam Malaysia?
4. Siapakah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia?
5. Apakah yang dimaksudkan dengan diplomatik? Berikan contoh yang sesuai?
6. Apakah perbezaan antara JPA dan SPA?
7. Senaraikan Kementerian dan Jabatan di Malaysia? Nyatakan peranan-peranan Kementerian.
8. Senaraikan Dasar-dasar Kerajaan yang anda tahu? Huraikan 3 daripada mana-mana dasar kerajaan yang anda baru nyatakan sebentar tadi?
9. Apakah yang dimaksudkan dengan Misi Nasional? Apakah itu Misi Nasional? Huraikan?
10. Apakah itu Islam Hadhari?
11. Mengapa kamu memilih Perkhidmatan PTD?
12. Pelan Integriti Nasional?
13. Rukun Negara?
14. Wawasan 2020? 9 Cabaran? Apa beza Wawasan 2020 dan Misi Nasional? Rancangan Malaysia Ke Sembilan?
15. Apakah isu-isu semasa terkini berhubung negara ini? Apakah isu terbaru pada hari ini? Nyatakan pendapat kamu dalam mengatasi masalah isu-isu yang baru disebutkan sebentar tadi.
16. Sekiranya kamu berjaya dilantik ke dalam Perkhidmatan Awam, bagaimana kamu akan memulakan tugas kamu sebaik sahaja kamu melapor diri di Kementerian/Jabatan?
17. Nyatakan peranan seorang diplomat?
18. Siapakah Menteri-menteri di Jabatan/Kementerian?
19. Sekiranya mendapat arahan daripada ahli politik untuk melaksanakan sesuatu tugas penting. Apakah tindakan yang perlu dilaksanakan?
20. Apakah yang dimaksudkan dengan pemimpin?
21. Apakah ciri kepimpinan yang berkualiti?
22. Apkah maksud berkhidmat untuk negara?
23. Perkhidmatan luar kebiasaan? Service beyond boundary?
24. Apakah masalah-masalah yang lazim berkaitan dengan Kerajaan? Strategi menyelesaikan?
25. Parti politik mana yang kamu sokong? Mengapa? Boleh ke?
26. Negara-negara Commonwealth? Senaraikan? Mengapa Commonwealth?
27. Apakah yang dimaksudkan dengan hubungan dua hala? Contoh?
28. Di manakah Perdana Menteri kita pada masa ini? Tugas apa? Tujuan?
29. Ucapan Perdana Menteri yang terkini di mana? Apa isi kandungannya?
30. I.S.O, S.O.P?
Hmm.. banyak lagi sebenarnya.. tapi cukup la banyak tu untuk seketika ini..nanti kalau ade lagi yang aku teringat, aku tambah lagi. Tapi kalau korang nak tambah. Komen laa.. okes!
Cheers!
lelakiketawa
Sunday, April 08, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
hi awak..
nak ucapkan thx for posting this..
i will make good use of this
and wish me luck for my coming intvw..=)
hi, just nak tanye kalau ade contract between u and the guv? i mean a serving contract?
thnks
Hi, thanks for the useful info!
Nak tanya, blazer wajib dipakai ke sewaktu menghadiri interview?
Adakah soalan sebanyak itu yang akan ditanya semua pd hari interview atau only a few of them?
Thanks.
takkanla interviewer suruh senraikan negara2 commenwealth?
suma skali ke?ada 53 negara tau..!
fuh..
tq very much 4 the tips... akan digunakan utk bperang nnt hehehe
mcm haram.. sume aku xleh jwb.. malas la nk keje kerajaan cmni.. buat ape aku nk tau name pengarah.. ape tah tu.. lantak ar.. ingt bagus sgt la die tu org nk pi ingt name die..
banyak nak kena cover isu2 semasa. kalau banyak baca suratkhabar at least spend la dalam 30 mnit sehari baca isu2 terkini, bleh juga membantu. apa2 pun tQ untuk perkongsian yang soalan2 ini.
pe beza JPA n SPA..huhu
Post a Comment